Sunday, July 3, 2011

Yayasan ZaBa

Balik dari UK tahun 2007, saya dan isteri tercari-cari idea untuk dijadikan "benih" yang boleh ditanam, disiram dan dijaga pokoknya moga menjadi rimbun meredupkan orang dari berpanas. Ideanya adalah berbentuk bantuan yang termampu kepada orang kampung yang dahagakan "pengalaman". Yayasan ZaBa adalah gabungan nama saya Baharuddin Bin Mohamed dan isteri tercinta puan Zawiyah binti Saimin.

Yayasan ini bertujuan untuk menjalankan aktiviti amal yang bermanafat untuk masyarakat. Saya berazam dan bercita-cita untuk membina sebuah madrasah sains islam suatu hari nanti. Yayasan ini bukan lah ditubuhkan untuk kepentingan pribadi atau syarikat atau badan-badan atau parti dan dia ditubuhkan semata-mata kepentingan masyarakat.

 Antara aktiviti yang telah kami jalankan sebelum ini adalah pemberian pakaian untuk anak yatim, pemberian peralatan sekolah, sumbangan kepada madrasah dan sumbangan korban. Sebelum ini semua aktiviti ini di tanggung oleh beberapa perniagaan kami dari D'impian Group atau pendapatan pribadi kami, tetapi ianya berkembang dengan berjaya mendapatkan dana dari sahabat handai untuk menjalankan beberapa aktiviti yayasan antaranya adalah kempen 'TabungRayuanRamadhan' dan kedai charity yang telah dirancang. 

Doakan kami berjaya

Baharuddin Mohamed
CEO of the Yayasan Zaba