Sunday, June 19, 2016

Projek #SedekahRamadhan

[ Mohon Maaf :: Minta 30 ribu sahabat dan follower saya di FB sudi share kan posting ni.]
.
Assalammualaikum buat semua sahabat.
.
Alhamdulilah sempana bulan Ramadhan ini saya dan team Yayasan Zaba telah berjaya menyediakan makanan berbuka puasa kepada 450 orang anak yatim dan anak pelajar madrasah setakat 20 Jun 2016.
.
Kami sediakan sendiri, kami masak sendiri dan kami hidangkan sendiri. Insyaallah selepas ini pada 22 Jun adalah giliran di rumah anak yatim Batu Pahat seramai 100 orang.
.
Terima kasih kepada penyumbang. Setakat hari ini kami telah mendapat sumbangan dan tajaan kepada 808 orang ( update :: 20 June 2016 )
.
Anda masih ada peluang kerana masih ada 200 pelajar lagi belum ditaja. Kami target kami beri makan kepada 1000 orang pelajar dalam sasaran kami. Doakan kami.
.
Menu ‪#‎SedekahRamadhan‬ kami adalah nasi arab yamani, air, buah-buahan, kurma, bubur dan lain-lain.
.
Tajaan seorang anak yatim adalah RM15 seorang sahaja. Semua kos tambahan kami tanggung.
.
Saya menawarkan kepada sesiapa sahaja yang nak join usaha ini masih berkesempatan. Saya mendapat beberapa pelawaan baru dari rumah anak yatim dan madrasah yang belum mendapat tajaan sebelum ini. Ianya termasuk yang terbaru dari rumah orang-orang tua.
.
Saya mohon maaf. Doakan saya dan keluarga.
.
Saya sediakan dua pakej
====================
.
Pakej A Tajaan kepada 10 orang bernilai RM150
.
Pakej B Tajaan kepada 20 orang bernilai RM300
.
Walau bagaimanapun anda boleh menyumbang lebih
.
Cara menyumbang
===============
.
Boleh whatsapp saya di talian 013-7999415 atau PM saya. Sumbangan perlu di maklumkan untuk saya record dan pastikan sampai kepada mereka yang memerlukan.
.
Saya mohon kepada 30 ribu follower saya di FB tolong share info ini dan like.
.
Kita bukan nak tunjuk baik tetapi kita usaha nak ‪#‎JadiLebihBaik‬.
.
Baahruddin Mohamed
Yayasan Zaba
yayasanzba.blogspot.com


















#ProjekSedekahTelekung 2016

Assalammualikum 
.
19.05.2016. Hari Jumaat
.
Petang ni saya bersama puan CEO ambil stok telekung lagi untuk‪#‎ProjekSedekahTelekung‬
.
Kami ambil 250 helai lagi untuk diagihkan kepada 50 buah masjid dan surau. Insyaallah kami buat sendiri dan hantar sendiri semua telekung tu ke semua masjid dan surau. 
.
Tawaran Sedekah Telekung. 
=======================
.
Saya menawarkan 25 lot (1 lot 10 helai). Kepada mereka yang nak join projek sedekah telekung bersama kami. 
.
Saya berhajat. Nak sedekah telekung ke surau dan masjid-masjid. 
.
Kata isteri saya, kekadang telekung kat surau dah lama sampai dah bertahi lalat dan berbau. 
.
Macam ni.
.
Saya dapat telekung murah.
.
Biasanya RM50-60 kat kedai. Saya dapat RM20 je sepasang. 
.
Jadinya siapa yang berhajat nak bersama kami. Saya offer ambil satu lot utk 10 telekung harganya RM200 sahaja. Saya sendiri akan agihkan ke masjid dan surau. 
.
Nak join. 
.
Boleh whatsapp 013.7999.415 atau PM saya di FB. 

Nak beri sendiri pun boleh, saya poskan ke alamat anda. 
.
‪#‎SedekahTelekung‬
‪#‎KitaBukanBaikSangat‬ tapi cuba belajar ‪#‎JadiBaik‬
Tolong saya share dan like posting ni supaya lebih ramai yang boleh join projek ni. Saya target nak agihkan sebelum puasa.

Sebahagian Aktiviti Projek ini