Monday, February 24, 2014

Kem Motivasi Anak Yatim March 2014

 KEM MOTIVASI JATI DIRI ANAK SOLEH untuk Anak Yatim daerah BATU PAHAT kali ke-3

Tarikh :: 14 dan 15 march 2013 (JUMAAT DAN SABTU)
Tempat :: D'impian Resort & Training Centre Muar. d'impian inn Batu Pahat

Kem motivasi khas buat pelajar anak yatim dan fakir miskin DARJAH 4-6 daerah Batu Pahat. Kem ini adalah bertujuan memberi pendedahan motivasi untuk kecemerlangan dalam peperiksaan kepada mereka. Saya cuba menyediakan modul yang terbaik dan urusetia dari kalangan yang terbaik antaranya adalah dari pensyarah universiti.

Mereka semuanya ditaja penginapan, makan ,urusetia motivasi sepanjang kem.

Bila saya singkap semula fail gambar lama dalam komputer terjumpa gambar bersama peserta kem anak-anak yatim tahun lepas.

Tersentuh hati saya melihat gambar mereka. Mereka datang dengan penuh harapan untuk berjaya dalam hidup.

Setiap tahun dimpian group dengan kerjasama yayasan zaba menganjurkan kem anak soleh dan kem motivasi peperiksaan kepada anak yatim.

Kem motivasi ini khas buat pelajar yang kami pilih dari seluruh sekolah muar dan batu pahat untuk pelajar anak yatim dan miskin sekolah menengah.

Dengan itu, dengan rendah hati saya mengajak sahabat-sahabat untuk sama-sama menyumbang untuk menjayakan kem ini.

Pakej A :: 5 orang pelajar RM300
Pakej B :: 10 orang pelajar RM 500.

SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN DENGAN

1. Bankin SUMBANGAN kepada akaun maybank 151052252907 atas nama (Baharuddin Mohamed).

2. Sms kepada saya maklumat untuk rekord : 0137999415

Kepada sahabat yang budiman. Saya akan update setiap sumbangan. Marilah kita sama-sama berusaha membantu mereka.

Coach Bahar
Pengerusi Yayasan Zaba.

http://splashurl.com/le95p4k 




Sunday, February 16, 2014

Montaj kem motivasi kem anak yatim

Dua minggu lepas D'impian Group dengan kerjasama yayasan ZABA telah menganjurkan dan menaja kem jati diri anak yatim daerah Muar. Terima kasih kepada para penyumbang sama ada dari segi sumbangan kewangan ataupun sumbangan tenaga untuk program ini.

Moganya program seumpama ini dapat di teruskan untuk masa-masa yang akan datang .
insyaallah saya sertakan montaj program untuk laporan kem ini untuk tatapan semua

http://www.youtube.com/watch?v=PLOdifs_EPg

Pengerusi Yayasan Zaba