Friday, January 15, 2016

KEM MOTIVASI PELAJAR CEMERLANG untuk Anak Yatim


Tarikh :: 29 dan 30 JANUARI 2016 (JUMAAT DAN SABTU)

Tempat :: D'impian Country Resort, Sungai Belukang, Muar

.
Kem motivasi khas buat pelajar anak yatim dan fakir miskin DARJAH 4, 5 dan 6 daerah Muar dan Batu Pahat. Kem ini adalah bertujuan memberi pendedahan motivasi untuk kecemerlangan dalam peperiksaan kepada mereka. Saya cuba menyediakan modul yang terbaik dan urusetia dari kalangan yang terbaik antaranya adalah dari pensyarah universiti.
.
Mereka semuanya ditaja penginapan, makan ,urusetia motivasi sepanjang kem.
.
Bila saya singkap semula fail gambar lama dalam komputer terjumpa gambar bersama peserta kem anak-anak yatim tahun lepas. Tersentuh hati saya melihat gambar mereka. Mereka datang dengan penuh harapan untuk berjaya dalam hidup.
.
Setiap tahun dimpian group dengan kerjasama Yayasan Zaba menganjurkan kem anak soleh dan kem motivasi peperiksaan kepada anak yatim.
.
Kem motivasi ini khas buat pelajar yang kami pilih dari seluruh sekolah muar dan batu pahat untuk pelajar anak yatim dan miskin sekolah rendah.
.
Dengan itu, dengan rendah hati saya mengajak sahabat-sahabat untuk sama-sama menyumbang untuk menjayakan kem ini.
.
Pakej A :: 5 orang pelajar RM300
Pakej B :: 10 orang pelajar RM 500.
.
SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN DENGAN
.
1. Bankin SUMBANGAN kepada akaun Maybank 501589003549 atas nama (DIMPIAN INN).
.
2. SMS atau whatsapp (wajib) kepada saya maklumat untuk rekord hantar ke 0137999415 atau email ke coachbaharuddin@gmail.com
.
Kepada sahabat yang budiman. Saya akan update setiap sumbangan. Marilah kita sama-sama berusaha membantu mereka.
.
Saya juga mencari sukarelawan dan urusetia seramai 8 orang untuk membantu sepanjang program. Boleh PM atau whatsapp ke nombor 013-7999415 jika ada yang berminat. Sebarang sumbangan di alu-alukan.
.
Baharuddin Mohamed
Pengerusi Yayasan Zaba.


beberapa aktiviti yayasan sebelum ini boleh dilayari di link ::http://yayasanzaba.blogspot.my/

.

mohon share dan like

Friday, January 8, 2016

Permulaan Tahun 2016



#sedekahilmu

Kelas English Untuk Orang Kampung. 

Alhamdulilah. Hari ni hari pertama kami adakan kelas english untuk orang kampung. Kami mulakan dengan 40 orang pelajar darjah 4, 5 dan 6. 

Puan CEO Zawiyah Saimin sebenarnya seorang guru. Dia ada ijazah dalam Quran dan sunnah dan diploma pendidikan. Tetapi minatnya dalam bahasa sangat mendalam. Penguasaan english nya lebih baik dari saya. 

Walaupun dia ada diploma pendidikan, tetapi dia tak jadi cikgu sebab ikut saya sambung belajar ke UK dulu. Di UK dia ambil sijil mengajar kanak-kanak. Dia memang minat mengajar. 

Kami fikir, apa yang boleh kami berikan pada rakan-rakan tempatan anak melayu. Kelas ini percuma. Kelas ini untuk anak-anak ini minat dalam english. 

Doakan kami. 

Jika sesiapa yang berminat untuk membuat program yang sama ditempat tuan puan , kami boleh berkongsi modul. 

#yayasanzaba

Belanja like satu..