Monday, July 7, 2014

Majlis Berbuka Puasa Yayasan ZABA bersama anak yatim Muar 2014



Alhamdulilah

Pada 6 July 2014 yang lepas saya dan isteri mewakili Yayasan Zaba dapat bersama-sama dengan anak-anak yatim daerah Muar berbuka puasa. Lebih 100 orang anak yatim yang kami raikan di rumah anak yatim Muar. 

Ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langung dalam menjayakan majlis tersebut. saya berdoa agar dapat kita membuat sambutan ini sekerap yang mungkin bagi meraikan lebih ramai anak yatim.

Baharuddin Mohamed
Pengerusi Yayasan ZABA 
















Saturday, June 28, 2014

PROJEK RAYUAN RAMADHAN 2014

Update Sumbangan 28 Jun 2012 : RM2000

Seperti tahun-tahun sebelumnya kami dari YAYASAN ZABA merayu tuan puan untuk bersama menyumbang kepada aktiviti kebajikan dan bersedekah di bulan Ramadhan

Hari ini saya lancarkan moga ianya diberkati

Pengerusi Yayasan ZABA.

segala aktiviti yayasan boleh dirujuk di blog

http://yayasanzaba.blogspot.com/

PROJEK RAYUAN RAMADHAN 2014 : MEMBANTU MEREKA YANG LEBIH MEMERLUKAN

Objektif program:

-Mengumpul dana untuk menaja tajaan berbuka puasa dan sedekah di rumah anak yatim, madrasah atau masjid-masjid..
-Menunaikan tanggungjawab membantu umat Islam ditindas, ditimpa bencana, dilupakan dan berjuang dijalan Allah.
-Menyumbang pakaian atau naskah Al-Quran untuk Madrasah terpilih

Tema:
Membantu mereka yang lebih memerlukan

Sasaran kutipan:
RM 30,000

Bagaimana anda boleh membantu?

1. Secara individu
a) Memperuntukkan sumbangan Ramadhan dari seisi keluarga. Contohnya, RM 100 setiap keluarga
b) Menggalakkan anak-anak menabung dan membantu mereka yang lebih memerlukan
c) Mengajak kaum keluarga yang terdekat untuk sama-sama menyumbang

2. Secara berkelompok
a) Di masjid / surau
– Membantu mengadakan kempen bersama menjayakan projek ini
– Menyumbang sebahagian dari sumbangan Ramadhan anggota kariah kepada projek ini

b) Di pejabat / sekolah / institusi
– Menganjurkan penajaan secara berkelompok melalui kakitangan, persatuan-persatuan dan sebagainya

Bagaimana anda boleh menyumbang?

Sumbangan boleh dibuat ( D IMPIAN INN) 501589003549 Maybank.

Sila hantarkan email kepada : mybaha76@yahoo.co.uk atau SMS saya 013-7999415 (WAJIB)

Terima Kasih, Saya hanya berusaha Allah yang menentukan segalanya.


Monday, February 24, 2014

Kem Motivasi Anak Yatim March 2014

 KEM MOTIVASI JATI DIRI ANAK SOLEH untuk Anak Yatim daerah BATU PAHAT kali ke-3

Tarikh :: 14 dan 15 march 2013 (JUMAAT DAN SABTU)
Tempat :: D'impian Resort & Training Centre Muar. d'impian inn Batu Pahat

Kem motivasi khas buat pelajar anak yatim dan fakir miskin DARJAH 4-6 daerah Batu Pahat. Kem ini adalah bertujuan memberi pendedahan motivasi untuk kecemerlangan dalam peperiksaan kepada mereka. Saya cuba menyediakan modul yang terbaik dan urusetia dari kalangan yang terbaik antaranya adalah dari pensyarah universiti.

Mereka semuanya ditaja penginapan, makan ,urusetia motivasi sepanjang kem.

Bila saya singkap semula fail gambar lama dalam komputer terjumpa gambar bersama peserta kem anak-anak yatim tahun lepas.

Tersentuh hati saya melihat gambar mereka. Mereka datang dengan penuh harapan untuk berjaya dalam hidup.

Setiap tahun dimpian group dengan kerjasama yayasan zaba menganjurkan kem anak soleh dan kem motivasi peperiksaan kepada anak yatim.

Kem motivasi ini khas buat pelajar yang kami pilih dari seluruh sekolah muar dan batu pahat untuk pelajar anak yatim dan miskin sekolah menengah.

Dengan itu, dengan rendah hati saya mengajak sahabat-sahabat untuk sama-sama menyumbang untuk menjayakan kem ini.

Pakej A :: 5 orang pelajar RM300
Pakej B :: 10 orang pelajar RM 500.

SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN DENGAN

1. Bankin SUMBANGAN kepada akaun maybank 151052252907 atas nama (Baharuddin Mohamed).

2. Sms kepada saya maklumat untuk rekord : 0137999415

Kepada sahabat yang budiman. Saya akan update setiap sumbangan. Marilah kita sama-sama berusaha membantu mereka.

Coach Bahar
Pengerusi Yayasan Zaba.

http://splashurl.com/le95p4k 




Sunday, February 16, 2014

Montaj kem motivasi kem anak yatim

Dua minggu lepas D'impian Group dengan kerjasama yayasan ZABA telah menganjurkan dan menaja kem jati diri anak yatim daerah Muar. Terima kasih kepada para penyumbang sama ada dari segi sumbangan kewangan ataupun sumbangan tenaga untuk program ini.

Moganya program seumpama ini dapat di teruskan untuk masa-masa yang akan datang .
insyaallah saya sertakan montaj program untuk laporan kem ini untuk tatapan semua

http://www.youtube.com/watch?v=PLOdifs_EPg

Pengerusi Yayasan Zaba

Tuesday, January 28, 2014

KEM MOTIVASI JATI DIRI ANAK SOLEH untuk Anak Yatim


[Sedekah membawa berkah, sumbangan kem motivasi anak yatim.]

SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN DENGAN

1. Bankin SUMBANGAN kepada akaun maybank 151052252907 atas nama (Baharuddin Mohamed).

2. Sms kepada saya maklumat untuk rekord : 0137999415

Update 27 Jan 2014

Alhamdulilah hari ini saya dapat RM1000 sumbangan dari seorang hamba Allah untuk 20 orang anak yatim. Menjadikan anak yatim yang telah ditaja adalah seramai 63 orang. saya menyeru sahabat yang boleh bersedekah untuk program kem anak yatim yang akan diadakan pada minggu hadapan. Program kali ini adalah kami tumpukan kepada sekolah menengah.

ANDA MASIH BERPELUANG MENAJA 37 ORANG ANAK YATIM.

Minggu lepas telah berlangsung nya program anak yatim untuk sekolah rendah seluruh daerah muar. boleh tengok dalam web laporan nya ::http://yayasanzaba.blogspot.com/ . setelah kami buat, terlalu banyak permintaan dan pandangan positif dari semua...bantulah mereka.

Update 21 jan 2014

Jam 10 pagi saya menerima sumbangan RM 300 dari seorang sahabat lama saya. Ribuan terima kasih buat yang menyumbang. Anak yatim yang ditaja sekarang berjumlah 43 orang.

Masih 57 orang masih belum ditaja.

Update 16 jan 2014

Sumbangan dari seorang hamba Allah sebanyak RM200 untuk anak yatim. Anak yatim yang ditaja menjadi 38 orang. Ribuan terima kasih.

Update 14 Jan 2014

Alhamdulilah , Sebahagian hasil jualan e-book "Rumah Hebat Cara Jimat" disalurkan kepada pelajar anak yatim ini. terima kasih sahabat ku . Jumlah keseluruhan mereka yang ditaja adalah 33 orang.

Update 12 Jan 2014

update 10:20 malam

Alhamdulilah, Seorang hamba Allah telah bermurah hati bersedekah sebanyak RM300 untuk sumbangan anak yatim untuk projek kami. Kini pelajar yang ditaja menjadi 28 orang.

jam 9:30 malam

Saya menerima lagi RM150 untuk tambahan peserta yang ditaja adalah 23 pelajar. saya menerima dari sahabat lama dan moganya diberkati Allah. Ribuan terima kasih

Update 10 Jan 2014

Update 11:35 pagi.

Saya menerima lagi RM500 untuk tambahan menjadi 20 orang pelajar yang telah menerima tajaan. Saya mengucapkan ribuan terima kasih dan Allah sahaja yang membalasnya.

jam 11:00 pagi

Sumbangan hamba Allah bernama tuan halim yang budiman sebanyak RM300 menjadikan jumlah sumbangan adalah RM 600. Anak yatim yang di taja adalah 10 orang.

Update 06 Jan 2014 Jam 12:00

Sumbangan 300 dari seorang hamba Allah.

Terget untuk kem ini adalah RM5000 untuk 100 orang pelajar.

Terima kasih.
KEM MOTIVASI JATI DIRI ANAK SOLEH untuk Anak Yatim (ii).

Tarikh :: 7 dan 8 Feb 2013
Tempat :: D'impian Resort & Training Centre Muar.

Kem motivasi khas buat pelajar anak yatim dan fakir miskin tingkatan 3 dan 5 daerah Muar dan Batu Pahat. Kem ini adalah bertujuan memberi pendedahan motivasi untuk kecemerlangan dalam peperiksaan kepada mereka. Saya cuba menyediakan modul yang terbaik dan urusetia dari kalangan yang terbaik antaranya adalah dari pensyarah universiti.

Mereka semuanya ditaja penginapan, makan ,urusetia motivasi sepanjang kem.

Bila saya singkap semula fail gambar lama dalam komputer terjumpa gambar bersama peserta kem anak-anak yatim tahun lepas.

Tersentuh hati saya melihat gambar mereka. Mereka datang dengan penuh harapan untuk berjaya dalam hidup.

Setiap tahun dimpian group dengan kerjasama yayasan zaba menganjurkan kem anak soleh dan kem motivasi peperiksaan kepada anak yatim.

Kem motivasi ini khas buat pelajar yang kami pilih dari seluruh sekolah muar dan batu pahat untuk pelajar anak yatim dan miskin sekolah menengah.

Dengan itu, dengan rendah hati saya mengajak sahabat-sahabat untuk sama-sama menyumbang untuk menjayakan kem ini.

Pakej A :: 5 orang pelajar RM300
Pakej B :: 10 orang pelajar RM 500.

SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN DENGAN

1. Bankin SUMBANGAN kepada akaun maybank 151052252907 atas nama (Baharuddin Mohamed).

2. Sms kepada saya maklumat untuk rekord : 0137999415

Kepada sahabat yang budiman. Saya akan update setiap sumbangan. Marilah kita sama-sama berusaha membantu mereka.

Coach Bahar
Pengerusi Yayasan Zaba

Saturday, January 25, 2014

24-25 Jan 2014 :: Kem Motivasi Tunas Muda 2014 di D'impian Country Resort Muar

Alhamdulilah kem motivasi ini telah berjalan dengan lancar pada 24 - 25 Jan 2014 yang lepas. Peserta seramai 80 terdiri dari anak-anak yatim sekitar daerah Muar. Pelajar-pelajar ini telah ditaja sepenuhnya oleh Yayasan ZABA dan D'impian Group.

Peserta bergambar bersama urusetia program

Antara sukarelawati dari D'impian Group


Peserta mendengar taklimat yang diampaikan oleh ketua program

Pembahagian kumpulan

Slot IBU


Aktiviti kerohanian

Aktiviti readah




D'impian Country Resort menjanjikan pengalaman yang menarik 

pengalaman menangkap angsa , pengalaman terindah peserta


Coach Bahar sedang menyampaikan taklimat

Sasi  bersalaman sebelum pulang