Friday, July 20, 2012

TRR2012 :: Aktiviti 18 July 2012 :Madrasah di Sempang Renggam, Johor

Madrasah Al Masriyah ataupun nama asalnya Darul Dakwah Wal Irsyad adalah sebuah Sekolah Menengah Arab swasta yang ditubuhkan pada tahun 1985 oleh Tuan Guru Hj. Mohd Tahir Daeng Mengati. Beliau adalah seorang bekas guru Madrasah Arabiah Kluang dan Madrasah Arabiah Bugisiah Tampok, Benut.

 Beliau menubuhkan Madrasah Al Masriyah bersama beberapa rakan.Madrasah Al Masriyah terletak di dalam kawasan ladang kelapa sawit sejauh 2 kilometer dari jalan utama Batu 40 Jalan Johor - Air Hitam. Keluasannya merangkumi 5 ekar.Sehingga sekarang, Madrasah ini Al Masriyah telah berjaya melahirkan pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Pusat Pengajian Tinggi, dalam dan luar negara seperti Mesir, Jordan, Pakistan dan lain-lain.














No comments:

Post a Comment