Friday, January 3, 2014

Projek Motivasi Jati Diri Anak Yatim Daerah Muar dan Batu Pahat



Update 3/1/2014
Jam 5 petang :: Hari ini rezeki anak-anak yatim ni melimpah ruah, saya rasa sangat sayu dengan sumbangan dari kekawan semua. saya terima lagi beberapa sumbangan. 

- sumbangan dari seorang hamba Allah sejumlah RM300 untuk 5 anak yatim
- sumbangan dari seorang lagi hamba Allah dari melaka sejumlah RM 500 untuk 10 orang anak yatim 
- Sumbangan dari seorang doktor sejumlah RM150 untuk 3 orang anak yaim.

Anak yatim yang di taja sekarang menjadi 78 ORANG. Alhamdulilah. 


Jam 3 petang :: saya dapat lagi SMS dari sahabat-sahabat untuk menyumbang. dua orang lagi insan terpilih telah menyumbang iaitu RM dan seorang lagi RM300. bukanlah nilai wang yang penting, perkara yang penting adalah keiklasan...terima kasih. Anak-anak yatim yang ditaja sekarang menjadi 60 orang. 

jam 8 pagi :: Pagi-pagi lagi ada seorang hamba Allah telah bersedekah sebanyak RM1000 kepada projek ini. menjadikan jumlah pelajar dan anak yatim yang telah ditaja adalah 48 orang. Ya Allah moga murahkan rezeki kami semua. 

update 2/1/2014
Hari ni dapat lagi dua sumbangan iaitu dari dua penyumbang RM300 dan seorang lagi adalah RM150. Jumlah pelajar yang ditaja adalah 28 orang

update 1/1/2014
kasih kepada penderma yang telah menyumbang dan menaja 20 orang anak yatim dan anak miskin untuk kem motivasi jati diri 24 dan 25 january 2014 ini. 

------------------------------
Kem Motivasi Anak Yatim
=================

Bila saya singkap semula fail lama, hati saya rasa sayu. Tahun lepas kami buat kem seumpamanya. Insaf saya dengan kehadiran anak-anak ini. Mereka memerlukan kasih sayang dan kekuatan motivasi yang tinggi untuk berjaya dalah pelajaran dah berjaya dalam kehidupaan. 

Saya teruskan juga dan kali ini saya berkongsi dengan sahabat yang lain yang turut ingin memyumbang. Kami dapatkan urusetia terbaik secara percuma.

Pada 24 dan 25 january 2014 yang akan datang saya akan menganjurkan kem motivasi jati diri khas buat anak yatim dan fakir miskin daerah muar yang diambil di sekolah-sekolah dan rumah anak yatim. 

Motivasi ini khas buat mereka yang akan menduduki peperiksaan. Sama-sama lah kita menyumbang kepada mereka. Murah sahaja. Pakej A dengan rm500 untuk 10 orang anak yatim dan pakej B dengan RM 300 UNYUK 5 orang anak yatim. 

Untuk menyumbang anda boleh mendapatkan number akaun dengan sms ' sedekah ' dan sms ke 013-7999415.

No comments:

Post a Comment