Monday, July 16, 2012

TRR2012 :: Tabung Rayuan Ramadhan 2012


PROJEK RAYUAN RAMADHAN : MEMBANTU MEREKA YANG LEBIH MEMERLUKAN

Objektif program:

-Mengumpul dana untuk menaja tajaan berbuka puasa dan sedekah di rumah anak yatim, madrasah atau masjid-masjid..
-Menunaikan tanggungjawab membantu umat Islam ditindas, ditimpa bencana, dilupakan dan berjuang dijalan Allah.
-Menyumbang pakaian atau naskah Al-Quran untuk Madrasah terpilih

Tema:
Membantu mereka yang lebih memerlukan

Sasaran kutipan:
RM 30,000 (6000 orang penerima x RM 5 setiap seorang)

Bagaimana anda boleh membantu?

1. Secara individu
a) Memperuntukkan sumbangan Ramadhan dari seisi keluarga. Contohnya, RM 100 setiap keluarga
b) Menggalakkan anak-anak menabung dan membantu mereka yang lebih memerlukan
c) Mengajak kaum keluarga yang terdekat untuk sama-sama menyumbang

2. Secara berkelompok
a) Di masjid / surau
– Membantu mengadakan kempen bersama menjayakan projek ini
– Menyumbang sebahagian dari sumbangan Ramadhan anggota kariah kepada projek ini

b) Di pejabat / sekolah / institusi
– Menganjurkan penajaan secara berkelompok melalui kakitangan, persatuan-persatuan dan sebagainya

Bagaimana anda boleh menyumbang?

Sumbangan boleh dibuat ( D IMPIAN INN) 501589003549 Maybank.

Sila hantarkan email kepada : mybaha76@yahoo.co.uk

Terima Kasih, Saya hanya berusaha Allah yang menentukan segalanya.

TRR2012 :: Madrasah Rahmaniah Parit Sulong

Alhamdulilah, pada 16 july malam dapat saya sempurnakan sumbangan kepada anak-anak madrasah Rahmaniah, parit sulong








TRR2012 :: Sumbangan ke Masjid UTHM untuk jamuan berbuka puasa



ProjekRayuanRamadhan :: Alhamdulilah, pagi ni dapat saya serahkan sumbangan projek kepada Ustaz Bahar, pegawai masjid UTHM sebanyak RM3000 (dijangka utk 500 org) utk jamuan berbuka puasa bagi 2 hari diminggu pertama di bulan Ramadhan nanti di Masjid UTHM. Ustaz bahar menyampaikan salam pada semua penderma dan mengucapkan ribuan terima kasih.


TRR2012 :: 16 July 2012 :: pembelian barangan




ProjekRayuanRamadhan :: Sebahagian barangan utk diagihkan ke 15 madraasah (makanan berbuka puasa ) yg telah dipilih telah sampai, Alhamdulilah. Sumbangan anda adalah untuk anak-anak madrasah ini bagi jamuan berbuka puasa mereka, Insyaallah. Saya doakan semua yg menyumbang dimurahkan rezaki dan dipanjangkan umur. Sesiapa yg mahu menyumbang masih kami buka, terima kasih.

List of barangan ::
- Beras
- Gula
- Biskut
- Milo
- Kurma
- Minyak masak

Saturday, June 30, 2012

Aktiviti YAYASAN ZABA YANG LEPAS

Pemberian pakaian kepada pelajar-pelajar di madrasah pada tahun 2011

Kami menjalankan tusyen bahasa inggeris percuma kepada orang kampung untuk meningkatkan kemahiran  berkomonikasi mereka

Pemberian sumbangan kepada anak miskin dan anak yatim di sekolah rendah orang kaya ali

Aktiviti korban 

Memberi baju raya kepada anak-anak yatim 

Sumbangan 'Sehelai baju untuk mengesat air mata'

Sumbangan 'Jom Kesekolah untuk beberapa sekolah di daerah Muar tahun 2011

Sumbangan baju raya

Wednesday, June 13, 2012

June 2012 :: Yayasan Menganjurkan Kem Motivasi Pelajar UPSR daerah Muar



I add value to other peoples live. Hidup saya dan hidup anda utk orang lain....