Monday, July 7, 2014

Majlis Berbuka Puasa Yayasan ZABA bersama anak yatim Muar 2014



Alhamdulilah

Pada 6 July 2014 yang lepas saya dan isteri mewakili Yayasan Zaba dapat bersama-sama dengan anak-anak yatim daerah Muar berbuka puasa. Lebih 100 orang anak yatim yang kami raikan di rumah anak yatim Muar. 

Ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langung dalam menjayakan majlis tersebut. saya berdoa agar dapat kita membuat sambutan ini sekerap yang mungkin bagi meraikan lebih ramai anak yatim.

Baharuddin Mohamed
Pengerusi Yayasan ZABA 
















Saturday, June 28, 2014

PROJEK RAYUAN RAMADHAN 2014

Update Sumbangan 28 Jun 2012 : RM2000

Seperti tahun-tahun sebelumnya kami dari YAYASAN ZABA merayu tuan puan untuk bersama menyumbang kepada aktiviti kebajikan dan bersedekah di bulan Ramadhan

Hari ini saya lancarkan moga ianya diberkati

Pengerusi Yayasan ZABA.

segala aktiviti yayasan boleh dirujuk di blog

http://yayasanzaba.blogspot.com/

PROJEK RAYUAN RAMADHAN 2014 : MEMBANTU MEREKA YANG LEBIH MEMERLUKAN

Objektif program:

-Mengumpul dana untuk menaja tajaan berbuka puasa dan sedekah di rumah anak yatim, madrasah atau masjid-masjid..
-Menunaikan tanggungjawab membantu umat Islam ditindas, ditimpa bencana, dilupakan dan berjuang dijalan Allah.
-Menyumbang pakaian atau naskah Al-Quran untuk Madrasah terpilih

Tema:
Membantu mereka yang lebih memerlukan

Sasaran kutipan:
RM 30,000

Bagaimana anda boleh membantu?

1. Secara individu
a) Memperuntukkan sumbangan Ramadhan dari seisi keluarga. Contohnya, RM 100 setiap keluarga
b) Menggalakkan anak-anak menabung dan membantu mereka yang lebih memerlukan
c) Mengajak kaum keluarga yang terdekat untuk sama-sama menyumbang

2. Secara berkelompok
a) Di masjid / surau
– Membantu mengadakan kempen bersama menjayakan projek ini
– Menyumbang sebahagian dari sumbangan Ramadhan anggota kariah kepada projek ini

b) Di pejabat / sekolah / institusi
– Menganjurkan penajaan secara berkelompok melalui kakitangan, persatuan-persatuan dan sebagainya

Bagaimana anda boleh menyumbang?

Sumbangan boleh dibuat ( D IMPIAN INN) 501589003549 Maybank.

Sila hantarkan email kepada : mybaha76@yahoo.co.uk atau SMS saya 013-7999415 (WAJIB)

Terima Kasih, Saya hanya berusaha Allah yang menentukan segalanya.


Monday, February 24, 2014

Kem Motivasi Anak Yatim March 2014

 KEM MOTIVASI JATI DIRI ANAK SOLEH untuk Anak Yatim daerah BATU PAHAT kali ke-3

Tarikh :: 14 dan 15 march 2013 (JUMAAT DAN SABTU)
Tempat :: D'impian Resort & Training Centre Muar. d'impian inn Batu Pahat

Kem motivasi khas buat pelajar anak yatim dan fakir miskin DARJAH 4-6 daerah Batu Pahat. Kem ini adalah bertujuan memberi pendedahan motivasi untuk kecemerlangan dalam peperiksaan kepada mereka. Saya cuba menyediakan modul yang terbaik dan urusetia dari kalangan yang terbaik antaranya adalah dari pensyarah universiti.

Mereka semuanya ditaja penginapan, makan ,urusetia motivasi sepanjang kem.

Bila saya singkap semula fail gambar lama dalam komputer terjumpa gambar bersama peserta kem anak-anak yatim tahun lepas.

Tersentuh hati saya melihat gambar mereka. Mereka datang dengan penuh harapan untuk berjaya dalam hidup.

Setiap tahun dimpian group dengan kerjasama yayasan zaba menganjurkan kem anak soleh dan kem motivasi peperiksaan kepada anak yatim.

Kem motivasi ini khas buat pelajar yang kami pilih dari seluruh sekolah muar dan batu pahat untuk pelajar anak yatim dan miskin sekolah menengah.

Dengan itu, dengan rendah hati saya mengajak sahabat-sahabat untuk sama-sama menyumbang untuk menjayakan kem ini.

Pakej A :: 5 orang pelajar RM300
Pakej B :: 10 orang pelajar RM 500.

SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN DENGAN

1. Bankin SUMBANGAN kepada akaun maybank 151052252907 atas nama (Baharuddin Mohamed).

2. Sms kepada saya maklumat untuk rekord : 0137999415

Kepada sahabat yang budiman. Saya akan update setiap sumbangan. Marilah kita sama-sama berusaha membantu mereka.

Coach Bahar
Pengerusi Yayasan Zaba.

http://splashurl.com/le95p4k 




Sunday, February 16, 2014

Montaj kem motivasi kem anak yatim

Dua minggu lepas D'impian Group dengan kerjasama yayasan ZABA telah menganjurkan dan menaja kem jati diri anak yatim daerah Muar. Terima kasih kepada para penyumbang sama ada dari segi sumbangan kewangan ataupun sumbangan tenaga untuk program ini.

Moganya program seumpama ini dapat di teruskan untuk masa-masa yang akan datang .
insyaallah saya sertakan montaj program untuk laporan kem ini untuk tatapan semua

http://www.youtube.com/watch?v=PLOdifs_EPg

Pengerusi Yayasan Zaba