Friday, January 8, 2016

Permulaan Tahun 2016



#sedekahilmu

Kelas English Untuk Orang Kampung. 

Alhamdulilah. Hari ni hari pertama kami adakan kelas english untuk orang kampung. Kami mulakan dengan 40 orang pelajar darjah 4, 5 dan 6. 

Puan CEO Zawiyah Saimin sebenarnya seorang guru. Dia ada ijazah dalam Quran dan sunnah dan diploma pendidikan. Tetapi minatnya dalam bahasa sangat mendalam. Penguasaan english nya lebih baik dari saya. 

Walaupun dia ada diploma pendidikan, tetapi dia tak jadi cikgu sebab ikut saya sambung belajar ke UK dulu. Di UK dia ambil sijil mengajar kanak-kanak. Dia memang minat mengajar. 

Kami fikir, apa yang boleh kami berikan pada rakan-rakan tempatan anak melayu. Kelas ini percuma. Kelas ini untuk anak-anak ini minat dalam english. 

Doakan kami. 

Jika sesiapa yang berminat untuk membuat program yang sama ditempat tuan puan , kami boleh berkongsi modul. 

#yayasanzaba

Belanja like satu..

Wednesday, July 22, 2015

Sumbangan Yayasan ZABA


Pemberian T-Shirt COACH BAHAR secara PERCUMA.
Coach bahar mempunyai lebih 40 ribu pengikut. Jadi coach rasa sempana hari raya ni nak beri hadiah kat kekawan FB coach.
Ada tak yang nak ?.
Baju ni kain berkualiti, tak panas dan berkolar. Ada saiz XS hingga XXXL. Kalau kat luar harganya RM40-RM50.
Saya ada 200 helai sahaja. Seorang boleh ambil satu sahaja. Staf saya akan hantar melalui POS Laju. Kos poslaju kami bayarkan.
Nak baju ni ?
Mudah sahaja.
SMS atau WHATSAPP
Hantar ke 012-272 4576
Hantarkan
1. Nama Penuh
2. Alamat Surat Menyurat ( pos laju ). Tolong hantar alamat yang betul-betul. Nanti tak sampai.
3. Saiz baju
Tawaran ini terhad kepada 200 orang sahaja dan sebelum 27 July 2015. Siapa lambat melepas.
Ini kali lah
========
Nanti dulu. Sebelum hantar SMS, pastikan anda benar-benar nak baju ni. Anda juga saya mohon menyumbang untuk projek anak yatim.
Bulan ogos yang akan datang seperti tahun sebelumnya saya akan menganjurkan kem motivasi anak yatim secara percuma. Kos pengurusannya adalah melebihi 10K.
Kepada mereka yang saya beri baju ini percuma, mohon hendaknya menyumbang sekurang-kurangnya RM20,RM40 atau lebih untuk menjayakan program ini.
Semua sumbangan anda 110% akan disumbangkan kearah kebajikan.
Jika ianya bermanfaat sila share dan like.
Saya akan update berapa baju lagi yang tinggal.
Cepat..cepat. 200 baju sahaja.

Monday, July 7, 2014

Majlis Berbuka Puasa Yayasan ZABA bersama anak yatim Muar 2014



Alhamdulilah

Pada 6 July 2014 yang lepas saya dan isteri mewakili Yayasan Zaba dapat bersama-sama dengan anak-anak yatim daerah Muar berbuka puasa. Lebih 100 orang anak yatim yang kami raikan di rumah anak yatim Muar. 

Ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langung dalam menjayakan majlis tersebut. saya berdoa agar dapat kita membuat sambutan ini sekerap yang mungkin bagi meraikan lebih ramai anak yatim.

Baharuddin Mohamed
Pengerusi Yayasan ZABA 
















Saturday, June 28, 2014

PROJEK RAYUAN RAMADHAN 2014

Update Sumbangan 28 Jun 2012 : RM2000

Seperti tahun-tahun sebelumnya kami dari YAYASAN ZABA merayu tuan puan untuk bersama menyumbang kepada aktiviti kebajikan dan bersedekah di bulan Ramadhan

Hari ini saya lancarkan moga ianya diberkati

Pengerusi Yayasan ZABA.

segala aktiviti yayasan boleh dirujuk di blog

http://yayasanzaba.blogspot.com/

PROJEK RAYUAN RAMADHAN 2014 : MEMBANTU MEREKA YANG LEBIH MEMERLUKAN

Objektif program:

-Mengumpul dana untuk menaja tajaan berbuka puasa dan sedekah di rumah anak yatim, madrasah atau masjid-masjid..
-Menunaikan tanggungjawab membantu umat Islam ditindas, ditimpa bencana, dilupakan dan berjuang dijalan Allah.
-Menyumbang pakaian atau naskah Al-Quran untuk Madrasah terpilih

Tema:
Membantu mereka yang lebih memerlukan

Sasaran kutipan:
RM 30,000

Bagaimana anda boleh membantu?

1. Secara individu
a) Memperuntukkan sumbangan Ramadhan dari seisi keluarga. Contohnya, RM 100 setiap keluarga
b) Menggalakkan anak-anak menabung dan membantu mereka yang lebih memerlukan
c) Mengajak kaum keluarga yang terdekat untuk sama-sama menyumbang

2. Secara berkelompok
a) Di masjid / surau
– Membantu mengadakan kempen bersama menjayakan projek ini
– Menyumbang sebahagian dari sumbangan Ramadhan anggota kariah kepada projek ini

b) Di pejabat / sekolah / institusi
– Menganjurkan penajaan secara berkelompok melalui kakitangan, persatuan-persatuan dan sebagainya

Bagaimana anda boleh menyumbang?

Sumbangan boleh dibuat ( D IMPIAN INN) 501589003549 Maybank.

Sila hantarkan email kepada : mybaha76@yahoo.co.uk atau SMS saya 013-7999415 (WAJIB)

Terima Kasih, Saya hanya berusaha Allah yang menentukan segalanya.