Saturday, June 30, 2012

Aktiviti YAYASAN ZABA YANG LEPAS

Pemberian pakaian kepada pelajar-pelajar di madrasah pada tahun 2011

Kami menjalankan tusyen bahasa inggeris percuma kepada orang kampung untuk meningkatkan kemahiran  berkomonikasi mereka

Pemberian sumbangan kepada anak miskin dan anak yatim di sekolah rendah orang kaya ali

Aktiviti korban 

Memberi baju raya kepada anak-anak yatim 

Sumbangan 'Sehelai baju untuk mengesat air mata'

Sumbangan 'Jom Kesekolah untuk beberapa sekolah di daerah Muar tahun 2011

Sumbangan baju raya

Wednesday, June 13, 2012

June 2012 :: Yayasan Menganjurkan Kem Motivasi Pelajar UPSR daerah Muar



I add value to other peoples live. Hidup saya dan hidup anda utk orang lain....

Monday, March 26, 2012

Sumbangan Pengarah Urusan D'impian Group 2011

Pengarah Urusan D'impian Group Puan Zawiyah Saimin menyampaikan sumbangan baju raya kepada pelajar sekolah SR Orang Kaya Ali, Muar






Sunday, July 3, 2011

Yayasan ZaBa

Balik dari UK tahun 2007, saya dan isteri tercari-cari idea untuk dijadikan "benih" yang boleh ditanam, disiram dan dijaga pokoknya moga menjadi rimbun meredupkan orang dari berpanas. Ideanya adalah berbentuk bantuan yang termampu kepada orang kampung yang dahagakan "pengalaman". Yayasan ZaBa adalah gabungan nama saya Baharuddin Bin Mohamed dan isteri tercinta puan Zawiyah binti Saimin.

Yayasan ini bertujuan untuk menjalankan aktiviti amal yang bermanafat untuk masyarakat. Saya berazam dan bercita-cita untuk membina sebuah madrasah sains islam suatu hari nanti. Yayasan ini bukan lah ditubuhkan untuk kepentingan pribadi atau syarikat atau badan-badan atau parti dan dia ditubuhkan semata-mata kepentingan masyarakat.

 Antara aktiviti yang telah kami jalankan sebelum ini adalah pemberian pakaian untuk anak yatim, pemberian peralatan sekolah, sumbangan kepada madrasah dan sumbangan korban. Sebelum ini semua aktiviti ini di tanggung oleh beberapa perniagaan kami dari D'impian Group atau pendapatan pribadi kami, tetapi ianya berkembang dengan berjaya mendapatkan dana dari sahabat handai untuk menjalankan beberapa aktiviti yayasan antaranya adalah kempen 'TabungRayuanRamadhan' dan kedai charity yang telah dirancang. 

Doakan kami berjaya

Baharuddin Mohamed
CEO of the Yayasan Zaba