Wednesday, January 23, 2013

Sumbangan pakaian sekolah tahun 2013




YayasanZaba :: Alhamdulilah, semalam isteri saya dapat menyerahkan sambangan dari yayasan termasuk sumbangan dari beberapa penyumbang. moga mereka yang menerima sumbangan berbentuk pakaian sekolah (baju, kain, seluar , kasut dan beberapa kelengkapan sekolah). moga mereka dapat belajar dengan lebih baik dan selesa. Penerima adalah mereka yang kehilangan ibu bapa atau mereka yang kurang upaya atau kurang berkemampuan.

Sunday, December 23, 2012

Projek Jom Ke Sekolah 2013

Sumbangan baju raya kepada anak yatim miskin tahun 2011 yang lepas dijalankan
disempurnakan wakil Yayasan Zaba.


Mohon maaf ::Saya berhajat dan sedang menguruskan untuk menderma (sepasang baju sekolah + seluar sekolah + alat tulis + sepasang kasut) untuk 100 anak yatim dan anak miskin. Pembelanjaan seorang RM70.00 seorang. Siapa sahabat yg mahu sama menderma boleh menyumbang ke Maybank Baharuddin Mohamed :: 151052252907. Dan email ke mybaha76@yahoo.co.uk dan jumlah pelajar tajaan tuan puan. Moga diberkati

Thursday, August 16, 2012

Selamat Hari Raya


Projek Rayuan Ramadhan berakhir

Alhamdulilah dengan rahmatnya saya dapat menyelesaikan tanggungjawab mengagihkan sumbangan dari kutipan 'Projek Rayuan Ramadhan'. Pengalaman yang sangat luar biasa bagi saya perolehi dalam menguruskan beberapa perkara ini. Sikap bersyukur, prihatin, sabar lebih menebal dalam diri saya. Saya dengan rendah diri berterima kasih dengan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam melaksanakan projek ini. Dengan target asal saya adalah RM30,000, alhamdulilah kutipan mencecah RM26,696.00.




Dari memberi lebih 5000 orang makan di masjid-masjid, sumbangan di lebih 15 buah madrasah, sumbangan beras kepada 30 buah masjid dan surau juga mereka yang kurang berkemampuan. Insyaallah panjang umur tahun depan kita buat lagi dengan lebih baik dan berkesan.


Sumbangan penduduk kampung




Monday, July 30, 2012

TRR2012 :: Serahan sumbangan di Hospital Batu Pahat







Alhamdulilah, semalam 30 July 2012 dapat saya serahkan sumbangan dari 'TabungRayuanRamadhan' kepada 100 pesakit di 3 ward (ward lelaki, ward perempuan dan ward bersalin) di hospital Batu Pahat. Alhamdulilah semua selesai dengan baik. 

TRR2012 :: Agihan Fakir Miskin


Agihan kepada 40 keluarga Fakir miskin yang telah dikenal pasti dari 'TabungRayuanRamadhan' dibuat oleh staf saya sepanjang minggu ni. 80 kampit beras, gula, minyak, kurma, milo dan biskut. Terima kasih sahabat-sahabat dalam membantu membuat agihan dgn ketidaksempatan saya.