Thursday, March 14, 2013

Sumbangan kepada mangsa rumah terbakar

14 March 2013 :: Alhamdulilah saya dapat hadir ke majlis penyampaian sumbangan kepada mangsa kebakaran Haji mahfuz bin sidek. Saya difahamkan umur beliau adalah 102 tahun. Sebenarnya rumah ini telah terbakar pada sekitar tahun 2010 yang lepas. pihak UTHM telah mengambil langkah berani dengan cuba menyiapkan sebiji rumah untuk nya. malangnya rumah ini hanya separuh jalan kerana tiada peruntukan. Ianya dmulakan semula pada awal tahun 2013 atas sumbangan beberapa sahabat dan pasukan sukarelawan dari pelajar UTHM. Semalam diadakan majlis rengkas yang di hadiri Dato' Mohd Noh Dalimin NC UTHM dan YB adun semarang.

bersama Haji mahfuz bin sidek

Bersama-sama sukarelawan yang menyiapkan rumah haji Haji mahfuz bin sidek

Gambaran rumah Haji mahfuz bin sidek yang telah siap. 
 Moga D'impian Group dan Yayasan ZABA dapat terus maju

Wednesday, February 6, 2013

Sumbangan mangsa kebakaran di Parit Hj Ali, Parit Raja

6 Feb 2013
Alhamdulilah hari saya dapat mewakili Yayasan ZABA memantau kerja-kerja menyiapkan rumah mangsa kebakaran di Parit Hj. Ali. Sumbangan berbentuk pasir, semin, batu bata dan barangan keperluan binaan. Pembinaan rumah mangsa adalah kerjasama bersama pihak Universiti Tun Hussein Onn. Moganya usaha kami diberkati

Keadaan rumah separuh siap yang mempunyai 2 bilik tidur. 

Berada di tapak pembinaan. 



Wednesday, January 23, 2013

Sumbangan pakaian sekolah tahun 2013




YayasanZaba :: Alhamdulilah, semalam isteri saya dapat menyerahkan sambangan dari yayasan termasuk sumbangan dari beberapa penyumbang. moga mereka yang menerima sumbangan berbentuk pakaian sekolah (baju, kain, seluar , kasut dan beberapa kelengkapan sekolah). moga mereka dapat belajar dengan lebih baik dan selesa. Penerima adalah mereka yang kehilangan ibu bapa atau mereka yang kurang upaya atau kurang berkemampuan.

Sunday, December 23, 2012

Projek Jom Ke Sekolah 2013

Sumbangan baju raya kepada anak yatim miskin tahun 2011 yang lepas dijalankan
disempurnakan wakil Yayasan Zaba.


Mohon maaf ::Saya berhajat dan sedang menguruskan untuk menderma (sepasang baju sekolah + seluar sekolah + alat tulis + sepasang kasut) untuk 100 anak yatim dan anak miskin. Pembelanjaan seorang RM70.00 seorang. Siapa sahabat yg mahu sama menderma boleh menyumbang ke Maybank Baharuddin Mohamed :: 151052252907. Dan email ke mybaha76@yahoo.co.uk dan jumlah pelajar tajaan tuan puan. Moga diberkati

Thursday, August 16, 2012

Selamat Hari Raya


Projek Rayuan Ramadhan berakhir

Alhamdulilah dengan rahmatnya saya dapat menyelesaikan tanggungjawab mengagihkan sumbangan dari kutipan 'Projek Rayuan Ramadhan'. Pengalaman yang sangat luar biasa bagi saya perolehi dalam menguruskan beberapa perkara ini. Sikap bersyukur, prihatin, sabar lebih menebal dalam diri saya. Saya dengan rendah diri berterima kasih dengan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam melaksanakan projek ini. Dengan target asal saya adalah RM30,000, alhamdulilah kutipan mencecah RM26,696.00.




Dari memberi lebih 5000 orang makan di masjid-masjid, sumbangan di lebih 15 buah madrasah, sumbangan beras kepada 30 buah masjid dan surau juga mereka yang kurang berkemampuan. Insyaallah panjang umur tahun depan kita buat lagi dengan lebih baik dan berkesan.


Sumbangan penduduk kampung