Friday, July 20, 2012

TRR2012 :: Madrasah Tahfiz Al-Quran Kampung Melayu Segamat


Pembinaan Madrasah Tahfiz Al-Quran Dan Pengajian Kitab Thuras (MTAQ) telah diasaskan oleh Ustaz Mohd Rozali Bin Jamil Al-Hafiz. Beliau merupakan bekas guru di sekolah Menengah Agama Arab Khairiah, Segamat, Johor dan kini merupakan seorang pendakwah bebas.
Description
PENGAJIAN KITAB FATHUL MUIN:

TARIKH: Setiap Ahad 8 pagi hingga 12 tengahhari
TEMPAT: Madrasah Tahfiz Al Quran dan Pengajian Kitab Thuras (MTAQ)
PENGAJAR: Ust Mohd Rozali Jamil Al Hafiz
TERBUKA KEPADA: SEMUA
BELAJAR: PERCUMA

Sinopsis: Kitab ini merupakan antara kitab rujukan utama dalam bidang ilmu fiqh mengikut mazhab Syafiei, Kitab ini di karang oleh Ulama Syafi’iiyah Al-Allamah asy-Syaikh Zainuddin bin Abdul Aziz al-Malibariy, Murid Allamah asy-Syaikh Imam Ibnu Hajar al-Haitamiy asy-Syafi.



TRR2012 :: Aktiviti 18 July 2012 :Madrasah di Sempang Renggam, Johor

Madrasah Al Masriyah ataupun nama asalnya Darul Dakwah Wal Irsyad adalah sebuah Sekolah Menengah Arab swasta yang ditubuhkan pada tahun 1985 oleh Tuan Guru Hj. Mohd Tahir Daeng Mengati. Beliau adalah seorang bekas guru Madrasah Arabiah Kluang dan Madrasah Arabiah Bugisiah Tampok, Benut.

 Beliau menubuhkan Madrasah Al Masriyah bersama beberapa rakan.Madrasah Al Masriyah terletak di dalam kawasan ladang kelapa sawit sejauh 2 kilometer dari jalan utama Batu 40 Jalan Johor - Air Hitam. Keluasannya merangkumi 5 ekar.Sehingga sekarang, Madrasah ini Al Masriyah telah berjaya melahirkan pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Pusat Pengajian Tinggi, dalam dan luar negara seperti Mesir, Jordan, Pakistan dan lain-lain.














Monday, July 16, 2012

TRR2012 :: Tabung Rayuan Ramadhan 2012


PROJEK RAYUAN RAMADHAN : MEMBANTU MEREKA YANG LEBIH MEMERLUKAN

Objektif program:

-Mengumpul dana untuk menaja tajaan berbuka puasa dan sedekah di rumah anak yatim, madrasah atau masjid-masjid..
-Menunaikan tanggungjawab membantu umat Islam ditindas, ditimpa bencana, dilupakan dan berjuang dijalan Allah.
-Menyumbang pakaian atau naskah Al-Quran untuk Madrasah terpilih

Tema:
Membantu mereka yang lebih memerlukan

Sasaran kutipan:
RM 30,000 (6000 orang penerima x RM 5 setiap seorang)

Bagaimana anda boleh membantu?

1. Secara individu
a) Memperuntukkan sumbangan Ramadhan dari seisi keluarga. Contohnya, RM 100 setiap keluarga
b) Menggalakkan anak-anak menabung dan membantu mereka yang lebih memerlukan
c) Mengajak kaum keluarga yang terdekat untuk sama-sama menyumbang

2. Secara berkelompok
a) Di masjid / surau
– Membantu mengadakan kempen bersama menjayakan projek ini
– Menyumbang sebahagian dari sumbangan Ramadhan anggota kariah kepada projek ini

b) Di pejabat / sekolah / institusi
– Menganjurkan penajaan secara berkelompok melalui kakitangan, persatuan-persatuan dan sebagainya

Bagaimana anda boleh menyumbang?

Sumbangan boleh dibuat ( D IMPIAN INN) 501589003549 Maybank.

Sila hantarkan email kepada : mybaha76@yahoo.co.uk

Terima Kasih, Saya hanya berusaha Allah yang menentukan segalanya.

TRR2012 :: Madrasah Rahmaniah Parit Sulong

Alhamdulilah, pada 16 july malam dapat saya sempurnakan sumbangan kepada anak-anak madrasah Rahmaniah, parit sulong








TRR2012 :: Sumbangan ke Masjid UTHM untuk jamuan berbuka puasa



ProjekRayuanRamadhan :: Alhamdulilah, pagi ni dapat saya serahkan sumbangan projek kepada Ustaz Bahar, pegawai masjid UTHM sebanyak RM3000 (dijangka utk 500 org) utk jamuan berbuka puasa bagi 2 hari diminggu pertama di bulan Ramadhan nanti di Masjid UTHM. Ustaz bahar menyampaikan salam pada semua penderma dan mengucapkan ribuan terima kasih.


TRR2012 :: 16 July 2012 :: pembelian barangan




ProjekRayuanRamadhan :: Sebahagian barangan utk diagihkan ke 15 madraasah (makanan berbuka puasa ) yg telah dipilih telah sampai, Alhamdulilah. Sumbangan anda adalah untuk anak-anak madrasah ini bagi jamuan berbuka puasa mereka, Insyaallah. Saya doakan semua yg menyumbang dimurahkan rezaki dan dipanjangkan umur. Sesiapa yg mahu menyumbang masih kami buka, terima kasih.

List of barangan ::
- Beras
- Gula
- Biskut
- Milo
- Kurma
- Minyak masak